Ahad, 29 Jun 2014

RAMADHAN KAREEM

بِسْـــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــم

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ُ
Saya Norirdayu Akhmar, dengan rendah diri saya mohon maaf atas segala kelemahan dan kesalahan serta kekhilafan yang telah saya lakukan. Sama ada secara sengaja mahupun tak sengaja sama ada secara sedar mahupun tak sedar. Harap dimaafkan.

Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat seperti mana yg dijanjikanNya. Aamin. 

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah . Allah pertemukan lagi kita dengan bulan Ramadhan tahun ini . Moga kita semua dapat perbanyakkan lah ibadah didalam bulan ramadhan kali ini . Tiada apa yang mampu digambarkan melainkan betapa gembira nye hati ini sebab diberi senafas lagi untuk menyambut ramadhan .. 

Sungguh rasa sedih, gembira, sayu, Allahu .. hanya Allah yang tahu hati ini . Tahukah anda pahala pada bulan ramadhan berlipat kali ganda . Sebagai contoh ganjaran pahala :
1 amalan sunat = 1 amalan wajib (ganjaran pahala)
1 amalan wajib = 70 amalan wajib (ganjaran pahala)

Apa lagi yang kita nak .??
Cukup besar ganjaran yang Allah sediakan untuk ummat-NYA .. kenapa mesti perlu mengeluh . Sepatutnya kita bangga sebab telah dilahirkan sebagai ummat muhammad . Beragama Islam . Berbanding mereka yang tidak beragama islam . Kita punya kelebihan  tapi kenapa kita tak gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin . Kita memperkotak-katik kan .

Tidak mempercayai setiap ganjaran tersebut ..??
Adakah kerana kita tak nampak dengan mata kasar .?? Jika begitu . Gunakan mata hati .
InsyaAllah . Allah itu senantiasa ada untuk hamba nya .

Buatlah yang terbaik untuk ramadhan kali ini . Kejar lah ganjaran-ganjaran yang telah Allah sediakan . Kita tak tahu seberapa lama kita akan hidup . Syarat untuk mati tidak perlu sakit kerana mati tidak memerlukan syarat . dan mati juga tidak menunggu waktu tua mu. Bila Allah telah menetapkan kematian seseorang . Tidak akan terlebih mahupun terlewat walau sesaat . Tepat pada masanya .

-PROUD TO BE MUSLIM-
Sincerly by
-Norirdayu.Akhmar-